ORANG TAK TAU vs ORANG TAU

Orang tak tau pun yang aku ni hari-hari (Isnin - Jumaat kecuali cuti) ada di tempat duduk aku. Keluar pun kerana aku pergi beli sarapan, lunch dan ke tandas. Yang orang tau, bila aku tiada di tempat duduk aku je. Orang tak tau pun yang aku ambil masa 1 jam untuk ke stesen RapidKL, ke parking PWTC, ke parking HKL, ke Farmasi HKL dan ambil TPN. Yang orang tau, aku cuma keluar ambil TPN di HKL, macamlah HKL tu sebelah pejabat aku je.

Orang tak tau pun yang pagi-pagi aku kena hantar anak-anak ke sekolah dahulu, hantar isteri ke pejabat dahulu dan barulah aku ke pejabat. Yang orang tau, aku pagi-pagi punch in lambat sampaikan kad aku dah tukar warna hijau.


Orang tak tau pun yang anak sulung aku ni juga dalam kategori istimewa. Setiap beberapa bulan ada tca (to come again) di Klinik Pakar Pediatrik. Yang orang tau, anak ketiga aku je yang anak istimewa. Orang tak tau pun yang aku tiap-tiap bulan kena tebalkan muka minta tandatangan ketua kerana aku perlu keluar awal untuk urusan anak aku. Yang orang tau, aku kena mengadap mesti kerana ada masalah.

Orang tak tau pun yang anak sulung aku tu tak boleh bezakan apa itu bahaya kerana keistimewaannya sampaikan dia boleh lari keluar dari kawasan sekolah. Yang orang tau orang lain pun ada anak bersekolah tapi kenapa tak macam aku? Boleh je ambil lewat, tapi aku tak!

Orang tak tau pun yang aku kena kejar masa untuk on TPN (Total Parenteral Nutrition) anak aku. Sebabnya kalau aku lambat on, maka lambatlah aku off. Kalau lambat off, lambatlah anak-anak aku ke sekolah dan lambatlah aku ke pejabat. Yang orang tau "Eh, kenapa nak cepat-cepat balik?" Orang tak tau pun yang preparation untuk anak aku on mesin ambil masa panjang. Yang orang tau anak aku kena pakai mesin.


Orang tak tau pun yang aku kena sediakan macam-macam keperluan perubatan anak aku yang makan kos riban-riban setiap bulan. Yang orang tau cuma pasal mesin, tiub dan TPN. Orang tak tau pun yang setiap bulan anak aku kena ambil sampel darah dan jalani pemeriksaan kesihatan. Yang orang tau ada hari aku punch out seawal jam 12pm.

Orang tak tau pun yang anak aku ada appointment Occupational Therapy, Speech Therapy dan tca di Wad. Yang orang tau aku ni asyik hilang je. Orang tak tau pun yang aku buat semua kerja yang diarahkan (Saya Yang Menurut Perintah) walaupun bukan tugas aku. Yang orang tau aku ni tak banyak kerja.

ORANG TAK TAU PUN YANG AKU TAU ADA ORANG MENGATA DIBELAKANG AKU. YANG ORANG TAU AKU NI TAK TAU APA-APA. Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku stop takat ni dulu ye. Orang tak tau pun aku dan wife bertukar-tukar shift untuk uruskan anak aku dan anak-anak yang lain. Yang orang tau aku cuma .......... Oklah, takat tu je. See ya!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post