Secara RASMInya, hari ini adik Izz menjadi seorang pelajar. Pelajar Prasekolah Khas. Bukan mudah sebenarnya kerana banyak proses perlu dilalui olehnya tapi Allah permudahkan segala urusan berkaitan proses berkenaan. Memang sejak usia adik Izz 4 tahun lagi, aku dan isteri sudah merancang untuk menghantarnya ke sekolah. Tapi, ada ke sekolah buatnya? Ada.
STEP PERTAMA, doktor yang merawat adik Izz perlu refernya kepada paediatricians. Paediatriticians yang akan buat penilaian berkenaan perkembangan adik Izz. Dari pemeriksaan dan pemerhatian paediatricians, tumbesaran adik Izz ‘below chart'. Sebab itu adik Izz perlu jalani beberapa sesi terapi cara kerja dan sesi terapi pertuturan. Paediatricians akan beri diagnosis.
STEP KEDUA, aku perlu ke Jabatan Pendidikan (JP) berkaitan dengan penempatan persekolahan adik Izz. Bawa semua borang dan dokumen yang diperlukan, Inshaa Allah tak ambil proses yang lama. Pihak JP akan berikan option beberapa sekolah yang ada kekosongan. Aku cuma pilih sekolah mana, then pihak JP akan telefon pihak sekolah untuk pengesahan penempatan. Selesai bab JP.
STEP KETIGA, pergi ke sekolah berkenaan untuk pengesahan penempatan pelajar. Disini kita dapat kenali guru-guru, para pembantu guru, pelajar-pelajar lain dan boleh ushar dimana anak kita akan ditempatkan. Aku dan isteri dah meronda prasekolah adik Izz, Alhamdulillah semuanya ok. Lagipun dalam satu kelas, jumlah pelajar dihadkan antara 4 hingga 7 orang sekelas. Kelengkapan pun mencukupi. Bila pihak sekolah dah sahkan penempatan, aku tinggal pilih hari je lagi untuk hantar adik Izz, dan harinya ialah hari ini (02042018).
STEP KEEMPAT, urusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Urusan kat sini juga mudah. Aku cuma bawa surat doktor dan dokumen yang dibekalkan pihak JP, dalam 2 jam kad OKU adik Izz sudah siap.
STEP KELIMA, yang hari inilah. Hantarnya ke sekolah.
STEP KEENAM, dalam proses. Pihak sekolah minta aku bukakan akaun BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk adik Izz. Hari ini tak sempat, esok Inshaa Allah aku selesaikan hal berkaitan BSN ni. Maka, rasmilah adik Izz sebagai seorang murid sekolah hari ini. Semoga dilindungiNYA selalu.
Oklah, next aku story lagi. Ketiga-tiga anak dah bersekolah ni, rutin mulai sibuk. Nanti free, aku story lain. Ok, see ya!

Anak akak ade masalah ape ya.mcm mana cara nk masuk kan anak sekolah khas. Please bantuan sebab anak sy masalah late talker. Tapi sy belum bawa anak ke hkl. Sy perlu bawa check di pediatrik ke?
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!