TOLONG BANTU KAMI!

AKIBAT usus anak yang sangat pendek, anak perlu bergantung kepada TPN (TPN Dependent) bagi memenuhi keperluan nutrisi hariannya. Beri makan dan minum? Beri juga tapi tak dapat tampung pun jumlah nutrisi yang diperlukannya. Anak cuma makan beberapa sudu puree, minum susu dan minum air masak. Tak lama kemudian, anak akan cirit.

Being TPN dependent perlukannya banyak medical supplies bagi tujuan connect TPN, disconnect TPN dan dressing CVL. Sterile medical supplies and disposable. Ada medical supplies aku dapat daripada pihak hospital which is 25% daripada keluruhan keperluannya. RM1000 sebulan untuk beli barang-barang keperluan perubatan anak dari farmasi luar.

Biasanya, aku order medical supplies daripada pembekal yang sama, dan ada juga beberapa barangnya aku walk in je ke farmasi berhampiran (bergantung). Mana yang penting dahulu, aku dahulukan. Mana yang boleh skip temporarily, aku skip. Aku bukannya berduit sangat, bila barang tak ada, terus je beli. Kena juga berkira-kira, ada dua lagi anak perlu disara sama.


Dan sekarang, ada beberapa barang yang aku hampir short atau akan kehabisan. Kena beli, tapi tak dijual di farmasi. Nak beli pada supplier utama, aku ada hutang tertunggak so mereka tak boleh terima order yang baru selagi aku tak selesaikan tunggakan lama. Ini yang bagusnya tentang medical supplier ni, mereka boleh beri hutang dahulu dan bayar kemudian. Cuma kali ini, mereka tak boleh lagi berbuat demikian. Biasalah, orang berniaga.

Aku agak kusut fikirkan hal ini. Jadi, aku nak minta bantuan pembaca blog aku ni, untuk bantu aku, bantu anak aku. Aku tahu, korang selalu doakan anak aku, dan aku tak mampu nak balasnya. Cuma kali ini, aku nak minta bantuan pembaca, bantu aku ringankan beban hutang tertunggak aku dengan medical supplier anak aku. Aku taknak post kat socmed (Facebook, Instagram & Twitter) sebab aku segan. Takut jadi buah mulut nanti. Jadi, aku cuba nak minta bantuan rakan pembaca blog cikai aku ni (jika ada).

Maaflah jika permintaan aku ni agak melampau. Tapi, seriously aku memang buntu. TOLONG BANTU KAMI! Aku tak letak butiran disini, cukuplah jika ada yang sudi nak bantu aku, pm je aku ( Whatsapp 0172442899 & Emel aku ekjozbuluh@gmail.com). Aku akan beri butiran lanjut nanti. Inshaa Allah, aku akan delete entri ini, selepas aku cukup kewangan untuk selesaikan hutang tunggakan medical supplies anak aku. Hendak dikira hutang pun tak apa. Terima kasih.

Sorry guys susahkan korang.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم