KALAU BOLEH, DATANG AWAL YE!

Pesan guru kepada mak ayah, "kalau boleh, datang awal ye!". Ikutkan, waktu persekolahan bermula seawal 7:30 pagi, tapi ada hari yang anak-anak aku akan sampai lewat sedikit ke sekolah, kebanyakannya dalam pukul 7:45 pagi gitu! Pagar sekolah pun 7:45 pagi tu sudah ditutup. Jika lambat, kenalah masuk melalui pintu utama.

Jadual aku pergi kerja, jadual wife aku masuk kerja dan jadual anak-anak aku ke sekolah bergantung kepada 'completion' TPN anak aku. Jika awal 'complete'nya, maka awallah kami sampai. Jika lewat 'complete'nya, maka lewatlah kami sampai.

Puratanya, TPN anak aku akan 'running' selama 10-11 jam setiap hari. Waktu 'completion' pula bergantung kepada waktu mula-mula 'infuse' TPN. Nak 'infuse' TPN pula bergantung kepada pukul berapa aku sampai ke rumah. Boleh faham 'kot' setakat ni?

Beberapa hari ini Alhamdulillah anak-anak boleh sampai awal ke sekolah. Aku harap bolehlah 'maintain' begini. Bukan apa, kesian hari-hari naik nama anak sebab lambat datang ke sekolah. Takut mereka rasa malu pula nanti. Manalah tahu kan. Semoga dipermudahkanNYA.



:)

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. igt masa sekolah dlu..slalu dtg lewat sbb van sekolah lewat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Saya pun selalu lewat sebab gi skool naik bas. Sekarang anak-anak pulak yang lewat. hihihi

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post