LAMANYA TAK MENULIS

Sejak setahun dua ni, tenggelam timbul je entri dalam blog ni. Kejap rasa nak menaip, kejap rasa malas menaip. Mulanya ada cerita yang hendak dikongsi, tapi bila tiba dipertengahan entri, 'lost'. Dah macamana kalau macam tu? Oklah, aku cuba ye.

(Entri 'takdak' gambar!) Aku sebenarnya lebih senang bercerita tentang anak-anak aku, sebabnya mereka ada didepan mata, rasa lebih dekat kalau nak karang, tak payah nak reka-reka cerita. Tapi bila anak-anak makin besar ni, rasa macam aku ulang-ulang cerita yang sama je.

Kalau pasal si adik tu, lagilah aku ulang-ulang cerita sama je. Pasal 'admitted', pasal 'TPN', pasal 'HPN', pasal rawatan dia. Nak cerita pasal persekolahan dia? Emmm, sama je macam anak-anak lain yang prasekolah.

Cerita along dan angah? Mereka murid sekolah, 'life' mereka cuma sekolah dan rumah. Tak banyak pun yang aku boleh kongsikan. Oklah, aku cuba jadikan entri ini sebagai permulaan untuk entri-entri yang mendatang ye. Aku cuba.

Or korang ada idea untuk aku bercerita pasal apa? Jangan segan, jangan malu, 'request' saja. Inshaa Allah aku akan cuba penuhi. Hihihi. Oklah, setakat ini saja bebelan aku. Nanti aku sambung ye.

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post