IZZSYRAQ DAH TAHUN 1

Izzsyraq dah Tahun Satu? 


Allahu, rasa macam tak percaya je! Melihat kepada apa yang dia lalui sebelum-sebelum ini, tak sangka yang Izzsyraq boleh sampai ke tahap ini. Alhamdulillah. Tahun 2020, Izzsyraq sudah berusia 7 tahun. Dua tahun dia hadiri prasekolah sebagai persediaan ke Tahun Satu.

Tahun pertama di prasekolah, nampak keadaannya baik-baik sahaja. Boleh biasakan diri dengan persekitaran sekolah, boleh bergaul dengan rakan-rakan sebaya, boleh dengar dan menurut arahan guru serta pembantu guru. Izzsyraq dan wad memang tidak boleh dipisahkan. Tahun pertama di prasekolah, selang 3 bulan sekali mesti dia akan admitted. But Izzsyraq tetap graduated.

Tahun kedua di prasekolah, keadaan kesihatannya agak kurang baik. Selang sebulan atau dua bulan sekali dia admitted ward. Kadang-kadang sebulan sampai dua kali dia admission. Sedikit sebanyak terganggu proses pembelajarannya di sekolah. Masuk wad seminggu, MC nya dua minggu. Masuk wad dua minggu, MC nya tiga minggu. But Izzsyraq tetap graduated.

Dan ini merupakan tahun ketiga Izzsyraq di sekolah yang sama. Kali ini dia di Tahun Satu. Melihatnya berbaju kemeja putih baru, berseluar sekolah baru, berkasut baru dan bertali leher, bangga rasa. Walaupun dengan tahap kesihatan yang turun naik, namun Izzsyraq tetap kuatkan semangatnya untuk teruskan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

Izzsyraq, satu-satunya murid di sekolah yang ada tiub di dada, yang pergi ke sekolah bersarung tangan. Tapi itu semua bukan halangan buatnya untuk belajar. Semoga Tahun 2020 merupakan tahun yang baik buat Izzsyraq. Inshaa Allah.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم