Anak ada mama baru, yeayyy!
Dua tahun tau aku berusaha mencari, barulah muncul mummy dalam kehidupan kami sekeluarga. Mummy, panggilan anak buat mama baru. Alhamdulillah anak serasi dengan mummy dan anak-anak mummy. Mereka pun boleh bergaul mesra dengan 'anak baru' mummy ni. Syukur kepadaNya kerna temukan aku dan mummy.
Nak bahagikan masa dengan dua rumah bukannya mudah kerana mama di Putrajaya dan mummy pula di Kuala Lumpur. Dah tak pasal kena tambah kos pengangkutan bulanan ulang-alik kedua-dua rumah tapi aku terpaksa juga lakukannya. Kuatkan semangat papa Izz! Laungkan "I can do it!".
Untuk permulaan, aku cuba biasakan anak dengan mummy selama sebulan (sepanjang cuti sekolah). Dah tiba-tiba kena tukar rumah, kenalah biasakan diri dulu ye tak? Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah anak di rumah mummy, semuanya baik-baik saja.
Dah mummy sanggup jaga anak kan, jadi aku akan teruskan hantar anak di bawah jagaan mummy sepanjang tahun ini pula. Balik dari sekolah, aku hantar anak ke rumah mummy. Petang aku ambillah untuk balik ke rumah mama pula. Esoknya ulang yang sama kecuali Sabtu dan Ahad. Anak bawah jagaan mama lah pula, biar mummy berehat 2 hari. Penat kot jaga anak sendiri dan anak baru. Takpa, pahala berganda. Hihihi.
Mama dan mummy pun boleh 'get along'. Kerap juga mereka ber'Whatsapp' dan bercerita hal masing-masing. Itulah yang aku mahu, serasi bersama. Yang kurang sama dikongsi, yang lebih pun sama dikongsi.
Hope mummy sanggup jaga anak sampai bila-bila. Apa yang tak cukup, bagitahu je dengan mama ye. Inshaa Allah aku akan cuba penuhi. Dah ada mummy yang sanggup jaga ni, kenalah aku jaga betul-betul.
Mummy = Pengasuh adik Izz
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!