PEMBEDAHAN SIRI KE 29 | CVL INSERTION 17

Kali terakhir adik Izz jalani pembedahan ialah pada 3 tahun 2 bulan yang lepas, CVL insertion yang ke 16. CVL ke 16 adik Izz merupakan CVL nya yang paling lama bertahan. Syukur padaNYA walaupun sepanjang 3 tahun lebih ini beberapa kali juga adik Izz admitted kerana 'line infection', CVL nya masih boleh diselamatkan.

Cuma 'admission' kali ini CVL nya tidak dapat diselamatkan. Sebab apa? Sebabnya kali ini CVL nya tercabut. Bukan salah siapa-siapa, tapi CVL nya terkeluar sendiri. Huhu. 

Maka, adik Izz perlu jalani pembedahan untuk CVL yang baru. Semoga pembedahan hari ini berjalan dengan lancar hendakNYA. Semoga CVL kali ini lebih lama daripada yang sebelumnya. Semoga adik Izz terus diberikanNYA kekuatan dan kesembuhan serta dilindungiNYA selalu. 



Selesai pembedahan, ada hal yang tak dijangka berlaku. Tak pernah berlaku sepanjang 16 kali adik Izz jalani pembedahan CVL, tapi ianya terjadi. Malas nak taip, buat sakit hati je. Kali ini CVL barunya di dada kanan pula.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم