SYUKUR SEMUANYA SELAMAT

Assalammualaikum . . .

Tersangatlah lega apabila segala yang dirancang semalam berjalan sebaiknya dan segalanya selamat. Terima kasihlah kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesembuhan adik Izz. Juga terima kasih kepada team pembedahan semalam. 

Petangnya barulah aku berpeluang berjumpa dengan adik Izz. Adik Izz agak moody sedikit semalam namun masih boleh bermain, bergerak dan aktif seperti biasa. Pendarahan juga sudah tiada. Namun tiub suapan (Gastrostomy) masih belum digunakan lagi. 

Sudah pandai sentap-sentap manja sekarang ini. Alahai.

Cuma adik Izz meneruskan dengan Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja dahulu. Susu, bubur atau nestum juga diberikan secara oral sahaja. Perasaannya juga agak sensitif kerana apabila along Izz mengambil tabnya, dia terus menangis. Kasihannya. Aku juga belum berpeluang melihat luka pembedahan berkenaan kerana semasa aku datang adik Izz sudah selesai dressing. 

Apalah janjimu anakku adik Izz dengan Allah ye? Minta-minta sembuh hendakNya.

Jadi aku tidak bolehlah hendak suka-suka hati buka melihatnya. Pakar juga tiada petang semalam untuk aku bertanyakan berkenaan pembedahan 'Kaedah Bakar' itu. Teringin sangat mengetahuinya bagaimana method berkenaan dijalankan. Nantilah jika berpeluang aku akan update berkenaan pembedahan menggunakan kaedah berkenaan. Moga-moga adik Izz cepat balik dan tiada lagi pembedahan selepas ini. 

Mudah-mudahan.

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Assalam papa izz,
    alaaaaaaaaaaa
    ciannya adik izz
    mudah tersentuh yer sekarang
    nak perhatian la tu yer sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      mungkin sebab dia rasa dia paling bongsu kot?
      Itu yang agak mengada-ngada sikit..
      hehehe, takdelah cmtu. Sebab baru lepas ops. Sakit2 sengal lagi tu

      Delete
  2. adik izz dah besar, sudah ada perasaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah agak faham dengan arahan kita sekarang ni. Alhamdulillah dia tidak berapa mengusik tiub CVL didadanya sekarang ini.

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post