PEMBEDAHAN SIRI KE 15 | CVL INSERTION 9

Pembedahan demi pembedahan harus diharungi | Anak yang dilanda sakit demam, batuk dan selsema pun sudah cukup merisaukan hati kita, inikan pula apabila anak itu sakit dan memerlukan pembedahan. Memang sangat-sangat risau jadinya. Dalam kes adik Izz yang baru sahaja menjalani pembedahan pada minggu lepas (boleh baca DISINI!), dia terpaksa menjalani lagi pembedahan pada hari ini. Ini berikutan dengan kes kebocoran dibahagian lehernya kelmarin (boleh baca DISINI!). Selepas Xray bagai, doktor mengesahkan yang hujung tiub (tip) yang dimasukkan ke dalam salur darah adik Izz telah terlucut (dislodged) menyebabkan apabila flushing dilakukan, cecair flushing berkenaan akan keluar semula. Bagi kes adik Izz, ianya keluar melalui lehernya kesan pembedahan yang lepas kerana torehan pada lehernya masih belum bercantum lagi. 

Dewan Bedah Pediatrik
Setiap kali menghadapi pembedahan, adik Izz akan termenung memandang jauh. Itu yang buat diri ini berasa sangat sedih.

Pelan asalnya, pembedahan hari ini adalahuntuk membetulkan tiub CVL sediada dan masukkannya ke salur darah yang baru. Itu pelan asal. Namun, doktor buat keputusan untuk gantikan terus dengan tiub CVL yang baru. Mungkin kerana tiub CVL yang lama agak pendek saiznya. Hampir 2 jam 30 minit aku dan mama Izz menanti adik Izz sepanjang pembedahan dijalankan. Mama Izz seperti biasa seakan hilang ketenangan dirinya. Duduk tidak kena, berdiri tidak kena, semuanya tidak kena. 

Walaupun adik Izz sudah melalui 14 kali pembedahan sebelum ini, namun pembedahan ke 15 ini agak merisaukan mama Izz kerana adik Izz baru sahaja melalui sesi pembedahan pada minggu lepas. Dua kali pembedahan dalam tempoh 8 hari? Siapa yang tidak risau? Memandangkan opah Izz tidak datang ke wad hari ini kerana menjaga along Izz dan angah Izz dirumah, jadi akulah yang menemani mama Izz sambil-sambil memujuk apa-apa yang patut. 

adik Izz redha
Berjalan menuju ke dewan bedah, baik mama Izz mahupun adik Izz masing-masing tidak bersuara. Mungkin sedang mengumpul kekuatan diri. 

Alhamdulillah pembedahan hari ini berjalan lancar dan semuanya selamat. Untuk tiub CVL adik Izz yang baru ini, ianya ditempatkan di dada kirinya semula. Sedikit ke bawah berbanding tiub CVL sebelum pembedahan ke 14 yang lepas. Dada kiri, then cabut, operate buat didada kanan, then cabut lagi, akhirnya operate buat didada kiri semula. Adik Izz seperti pembedahan-pembedahan sebelumnya, akan sedikit mamai kesan bius, kerap tidur, kadang-kadang merengek dan muntah-muntah. Berapa lama pula admit kali ini? Aku sudah tidak memikirkannya lagi kerana APA YANG PENTING adalah adik Izz sihat dan sembuh hendakNya. 

New CVL insertion
Selesai pembedahan, dari luar dewan bedah lagi aku sudah mendengar suara tangisan adik Izz. Bila dia sudah sedar, barulah dewan bedah melepaskannya untuk dibawa ke wad.

Harapan aku janganlah ada lagi pembedahan selepas ini dalam tempoh terdekat. Rasa sudah tidak tertanggung dengan isu-isu melibatkan pembedahan. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya buat kami. 

Terima kasih buat rakan-rakan yang mendoakan adik Izz dan terima kasih buat warga Pediatrik yang terlibat.


4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. alahai...kesiannya dia
    selepas pembedahan dengar dia menangis? dia dah sedar dalam dewan bedah ke?
    teruskan kuat semangat ye papa izz, sampaikan salam saya pada mama izz
    pasti dia lebih lagi risau,
    mama kan...saya paham walau tak seberat beban yang dia tanggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasanya adik Izz akan disedarkan dahulu sebelum mama Izz dipanggil ke dewan bedah untuk berjumpa dengan adik Izz. Dan tandanya bila adik Izz sudah sedar (biasanya) adalah dia kan menangis sekuatnya. Memang dengar dari luar dewan bedah tu. Dengar suaranya sebenarnya amat melegakan hati ini.. At least kita tahu dia selamat. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Allah hu akbar..ya allah ringankanlah penderitaan anak ini...semoga alkah permudahkan segalanya....x tertanggung mata ni menyaksikan penderitaan adik izz...apatah lagi kedua ibu bapa yg menghadapi dugaan ni...moga kalian tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Agak meragam juga adik Izz semalam. Mungkin kesakitan sebabnya luka lama sebelumnya masih belum sembuh, sudah ditambah dengan luka pembedahan yang baru.

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post