Alhamdulillah, setiap hari dan waktu kami berdoa kepada Ilahi
agar adik Izz diberi kesembuhan, dimudahkan segala urusan
serta diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujianNya ini.
Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar
rahmat Ilahi yang diberi itu dalam pelbagai bentuk.
Syukur walaupun adik Izz masih di wad,
kami diberikan kesihatan untuk menjaganya.
Walaupun terpaksa berulang alik jauh, tidak pernah kami merasakan penat!
Mungkin itulah kemudahan yang Allah beri kepada kami sekeluarga.
Kisah adik Izz sudah ramai yang tahu.
Ada yang baca / share kisahnya melalui status facebook (Izz Izz Izz Iskh)
yang selalu aku update.
Ada juga yang baca / share dari page (PRAY For Izzsyraq Azraq) adik Izz sendiri.
Ada yang baca kisah adik Izz melalui blog (ekjozbuluh.blogspot.com)
Melihat kepada komen-komen yang diberikan,
mereka semua terharu dengan kisah adik Izz.
Mereka juga sering mendoakan dan memberikan sokongan kepada kami.
Terbaru, kisah adik Izz dinukilkan dalam entri khas seorang blogger Yana Yani.
Kisahnya KLIK SINI
http://iamaproudmama.blogspot.com/2014/11/perjuangan-muhammad-izzsyraq-azraq.html |
Walaupun ramai yang tidak mengenali kami dan adik Izz
bahkan memang tidak pernah bersua langsung,
namun apa yang mereka lakukan dan beri kepada kami
cukup membuatkan kami benar-benar terhutang budi dengan mereka semua.
Tiada apa yang mampu kami beri sebagai balasan.
Hanya menadah tangan ini agar mereka semua diberikan ganjaran
oleh Yang Maha Esa. Itu sahaja.
Aku anggap semua ini sebagai rezeki adik Izz.
Kasih sayang yang mereka berikan
merupakan rezeki yang melimpah ruah dari-Nya.
TERIMA KASIH SEMUA!
semoga adik izz cepat sembuh...
ردحذف@Farah Waheda WahidInshaa Allah mudah2an. Terima kasih banyak2
ردحذفsemoga adik izz cepat sembuh
ردحذفAdik izz... cepat sembuh ya :) bro ekjoz ! semoga kau & wife terus kuatttt
ردحذفAllah yang Maha Penyembuh..semoga cepat baik insha Allah..
ردحذف~CikSiti~
mudah-mudahan cpt smbuh
ردحذفSemoga izz segera sembuh..
ردحذف@Mar Mansor terima kasih banyak2 saya sekeluarga ucapkan
ردحذف@TunSha Ayunie Inshaa Allah, kami berusaha memberikan yang terbaik. Semoga dengan doa semua, adik Izz sembuh. Terima kasih
ردحذف@CikSiti Aaminnnn, Inshaa Allah. mudah2an dimakbulkan
ردحذف@NURUL AQIDAH AZAHAR Aamin..
ردحذف@Kathy R'bain Aaminnnn
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!