BAGUSNYA NUTRISI PARENTERAL SUDAH DIHENTIKAN NAMUN...

Assalammualaikum . . .

Kesihatan adik Izz masih kurang mengizinkan. 
Sekejap kebah demamnya, sekejap demam semula. 
Dikhuatirkan ada jangkitan pada Central Venous Line (CVL) nya. 
Namun apabila 'dressing' dilakukan, tiada pula tanda-tanda 
yang CVL adik Izz itu bernanah ataupun simptom ada jangkitan. 

Kadang-kadang doktor pun bingung kenapa demam itu berulang-ulang. 

Namun, darah tetap juga diambil melalui Central Venous Line (CVL) nya. 
Seandainya adanya jangkitan melalui keputusan ujian darah, 
berkemungkinan adik Izz akan diberi Ethanol Lock dan 
'free' Nutrisi Parenteral (TPN) buat sementara. 

Semalam adik Izz demam menyebabkan rancangan 
pengimejan diagnostik (X-ray) menggunakan media 'Kontras' dibatalkan. Maknanya belum boleh tahu lagilah 
bagaimana perkembangan usus kecil adik Izz yang 8CM itu. 
Dan semalam juga adik Izz OFF Nutrisi Parenteral (TPN) 
kerana 'suspect' jangkitan pada tiub Central Venous Line (CVL) nya. 

OFF Nutrisi Parenteral (TPN) namun drip HSD5 semalaman. 

Walaupun adik Izz OFF Nutrisi Parenteral (TPN), 
adik Izz tetap di'drip' bagi mengelakkannya 'Hypo'. 
Aku lihat kali ini adik Izz diberi HSD5 pula 
yang mana biasanya adik Izz diberi HSD10. 
Inshaa Allah hari ini keputusan ujian darah akan keluar. 
Aku berharap sangat yang 
TIADA JANGKITAN 
pada Central Venous Line (CVL) nya.

Mudah-mudahan . . .


OFF Nutrisi Parenteral (TPN) buat sementara waktu bagi mengetahui punca demam adik Izz yang berpanjangan. Seandainya bukan kerana jangkitan, Nutrisi Parenteral (TPN) akan diteruskan seperti biasa iaitu 12 jam sehari setiap hari.

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. adik Izz kamu kuat syg.

    ReplyDelete
  2. semoga izz kuatkan dan ibu dan ayah juga kuat menghadapi pelbagai ujian ini

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah TIADA JANGKITAN. Kami berdoa padamu ya Allah! Amin!

    ReplyDelete
  4. @cik muntel
    Sudah disahkan ada jangkitan lah cik mun

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post