Assalammualaikum . . .
Kontras dapat dimasukkan pada tubuh dengan tiga cara. Samada secara ditelan, dimasukkan melalui dubur atau disuntikkan melalui pembuluh darah. SOURCE : antasiatehnik |
Adik Izz akan mulai berpuasa jam 10:00AM hari ini.
Tujuannya adalah untuk 'Kontras'.
Memandangkan aku tidak tahu apakah itu 'Kontras',
maka bertanya-tanyalah aku kepada para doktor lain serta jururawat.
Mereka kata 'Kontras' berkait dengan teknologi pengimejan
atau disebut sebagai radiologi dan kaedah ini membolehkan
diagnosis dilakukan tanpa sebarang prosedur melibatkan pembedahan.
Tujuan UTAMA para doktor pakar adalah untuk melihat perkembangan
usus kecil adik Izz. Mungkinkah keajaiban Allah sebelum ini
yang mana usus kecil adik Izz yang berbaki 5CM
telah memanjang ke 8CM akan berulang? Inshaa Allah,
tiada yang mustahil bagi-Nya. Aku berharap sangat-sangat
yang keputusan radiologi akan menunjukkan perkembangan positif.
'Kontras' adalah bahan pewarna yang tidak kekal
digunakan untuk menghitamkan usus kecil adik Izz
bagi membaca hasil x-ray atau sebagai media
agar boleh melihat lebih dalam lagi organ usus kecil dalam tubuh Izz.
Haaa, aku pun sudah pening dengan ayat aku itu.
Oklah, aku cuba ringkaskan lagi kefahaman aku berkenaan 'Kontras'.
'Kontras' (pewarna) digunakan untuk membezakan apa
yang tidak dapat dilihat dalam radiografi selain memperlihatkan
bentuk anatomi usus kecil adik Izz atau bahagian tubuh adik Izz
yang hendak diperiksa serta untuk memperlihatkan fungsi organ adik Izz
yang diperiksa itu. Pendek kata, VISUALISASI USUS KECIL adik Izz.
Sudah 11.0KG berat adik Izz. Patutlah lenguh semacam bila dukung dia. Alhamdulillah. |
Setakat itu sajalah yang aku faham. Sebenarnya ini kali pertama
aku dengar perkataan 'Kontras' sepanjang adik Izz di wad.
Siap kena berpuasa lagi. Aku fikirkan adik Izz akan melalui sesi pembedahan.
Rupa-rupanya, adik Izz cuma menjalani radiografi sahaja.
Mohon rakan-rakan bersama-sama mendoakan adik Izz
agar Allah berikan lagi keajaibanNya dan kesembuhan kepada adik Izz.
Inshaa Allah . . .
salam..semoga ada berita baik ye adik Izz..
ReplyDeletesalam, semoga yang baik-baik berlaku pada adik izz ye..
ReplyDelete@CikSiti
ReplyDeleteTerima kasih. Inshaa Allah
@Muzai Samilan Inshaa Allah... mudah-mudahan
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!