Assalammualaikum . . .
Adik Izz demam panas malam tadi
memerlukannya sub-pcm (ubat bontot).
Dan periksa suhu lagi pada pagi ini adik Izz masih lagi demam.
Allahuakbar. Apalah pula yang menyebabkannya demam berulang-ulang ini?
Masih kecil, belum tahu beza mana yang baik mana yang buruk. |
Aku agak berasa ngeri apabila adik Izz demam
kerana setiap kali adik Izz demam, dia akan terkejut-terkejut
dan kadangkala dia bagaikan di'tarik' sehingga pucat kebiru-biruan.
Demam pada adik Izz beri kemungkinan samada
dia hanya demam biasa ataupun demam kerana jangkitan
pada tiub Central Venous Line (CVL) nya. Yang dikhuatirkan,
demam adik Izz kerana jangkitan pada tiub. Aku harap tidaklah begitu.
Adik Izz akan diperiksa dari masa ke semasa
bagi memantau keadaan kesihatannya. Dan jikakalau demamnya
atas sebab-sebab yang biasa, Alhamdulillah.
Malam semalam adik Izz benar-benar menakutkan mama Izz.
Hendak dijadikan cerita, mama Izz terjaga dari tidurnya
dan melihat adik Izz sedang menarik-narik
tiub Central Venous Line (CVL) nya itu. Mujurlah,
waktu itu hanya plaster 'Hypafix' nya sahaja sudah tertanggal
dan tiubnya masih dalam kedudukan yang baik lagi.
Tengoklah waktu 'dressing' pagi ini
bagaimana keadaan tiub Central Venous Line (CVL) nya itu.
Aku harap KALAUpun ada berlaku gerakan, itu hanya gerakan yang minor.
Adik Izz semakin nakal kini. Kita selalu diacah-acahnya.
Acahannya pula bukan acah-acah yang biasa. Acah-acah yang merbahaya.
Mungkin kena tunggu adik Izz besar sedikit lagi
supaya dia faham yang tiub Central Venous Line (CVL)
bukanlah untuk dimain-main. Pernah sekali terjadi
yang adik Izz menarik tiubnya itu.
Beginilah tiub yang pernah dicabut adik Izz dari dadanya. |
Waktu itu hari pertama adik Izz 'discharge'
untuk Home Nutrisi Parenteral (TPN) Programme.
Hari pertama sudah tercabut tiub.
Bagai menarik cacing dari tanah lah rasa-rasanya.
Panjang tiub Central Venous Line (CVL) yang masuk melalui dada adik Izz
ke saluran darah utama berhampiran jantung lebih kurang
dua jengkal. Bayangkan kalau itu tercabut?
Bak kata orang tua-tua, "simpang malaikat 44".
Janganlah berulang lagi pengalaman yang pernah terjadi.
Terima kasih Allah kerana dengan bantuanMu,
mama Izz tersedar dari tidurnya semalam.
Hari ke - 425
adik izz semakin aktif... tahniah... =)
ReplyDeletesaya ada buat entry adik izz hari tu, kalau senang singgah la.
http://celebrationofloveaa.blogspot.com/2014/12/pray-for-izzsyraq-azraq-short-bowel.html
Jom cuci mata di blog saya "untuk modern mom"
@Allene ALineWorksthanx atas entri yg puan terbitkan. saya sudah singgah dan baca. TQ very much
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!