ADIK JANGAN SEDIH NANTI PAPA NANGIS

Assalammualaikum . . .


Semalam dari pagi sampai ke petang aku temankan adik Izz. Ambil cuti semata-mata nak berikannya kegembiraan dan semangat. Berbeza dengan hari selepas pembedahan dimana adik Izz lebih banyak tidur kerana kesan bius, semalam pula adik Izz lebih banyak mendiamkan diri sambil memandang jauh. 

Riak wajah yang sama dari pagi hingga petang. Risau papa melihatnya

Apakah yang berada di kotak fikirannya? Dengan muka yang agak masam, rindu akan keletahnya, gelak tawa dan aktifnya dia. Mungkin semalam masih lagi merasa kesakitan dengan tiub yang pelbagai. 

Di Gatros ada drainage tubing

Tiub Central Venous Line (CVL) di beri HSD5 manakala di bahagian Gastros ppula ada tiub sebagai drainage di bahagian perutnya. Di kemaluan adik Izz pula ada tiub untuknya kencing. Allahuakbar, banyaknya tiubnya. Kaki kanannya pula ada tiub bagi tujuan Morfin (tahan sakit). 

Emmm, berselirat dengan tiub dan wayar. Allahuakbar

Mukanya monyok sahaja, apabila ditegur dia hanya memandang namun tanpa sepatah kata. Sedihnya hati aku melihat keadaannya begitu. Ya Allah, Kau lindungilah adik Izz, Kau sembuhkanlah adik Izz, Kau hilangkanlah derita adik Izz, Kau kurangkanlah kesakitannya. Luluh hati aku melihat, luluh lagi hati mama Izz.

Selesai pembedahan, adik Izz hanya tidur sahaja. 

Bantulah kami ya Allah.


4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. bukan mama n papa adik Izz je yg sedih..kami juga sedih tgk dia..setiap kali baca kisah adik Izz, airmata cepat je mengalir.. Syurga menanti kalian...semoga kalian tabah dlm menghadapi situasi ini.

    ReplyDelete
  2. Assalam papa izz,
    Allahurabbi
    Ya Allah ringankanlah bebanan adik izz
    papa izz & mama izz, iols tak tau nak cakap apa
    walopun iols merasa sebak & debaran setiap kali baca tulisan papa izz
    tapi iols tau berat lagi yang uols tanggung
    Semoga adik izz kembali ceria & membesar dengan sehat AMIN

    ReplyDelete
  3. runtun hati ni tengok adik izz lemah je.. allah.. beri la adik izz kekuatan untuk terus kuat melawan penyakitnya...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana kalian pun turut mendoakan adik Izz. Kali ini lain sikit rasanya kerana pembedahan2 yang lalu adik Izz tidak bersikap begini. Inshaa Allah dia akan sembuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post