BAK KUARANTIN KERANA MUDAHNYA DIJANGKITI

Assalammualaikum . . .

Adik Izz apabila discaj hanya hospital, kereta dan rumah sahaja tempatnya. Tidak boleh dibawa keluar / ke tempat tumpuan ramai. Bak kuarantin, di rumah sekalipun adik Izz lebih banyak berada di bilik khasnya. Sesekali di ruang tamu, namun hanya untuk seketika.

Apalah kan? Di wad kene 'penjara', di rumah pun kena 'penjara'? Sabarlah.

Apabila adik Izz di bilik khasnya, kami pun tidak boleh sesuka hati keluar masuk biliknya kecuali penjaga. Biasanya samada mama Izz ataupun opah Izz. Dalam kenderaan, spray dettol dahulu sebelum adik Izz naik.

Di wad pula, boleh dibawa keluar berjalan-jalan sekitar wad namun tidak boleh dibawa keluar daripada Institut Pediatrik. Betapa sukarnya untuk mengelakkan adik Izz daripada infection.

Infection yang dimaksudkan disini adalah tiub Central Venous Line (CVL).

Berhajat memberikan sumbangan kepada adik Izz? 
Bolehlah melalui 7015995636 CIMB atau 
164829050030 MAYBANK di bawah nama mama Izz Pn. Nor Safarina Binti Eliasod. 
Inshaa Allah, semoga keihklasan kita semua mendapat rahmat-Nya.

TERIMA KASIH

4 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. kecian adik izz.. mommylin doakan yang terbaik tuk adik izz ye...

    ردحذف
  2. Terima kasih mommylin.. Mudah2an dimakbulkan.

    ردحذف
  3. Assalam papa izz,
    tak sabar nak tunggu hari adik izz boleh balik rumah

    ردحذف
  4. Wassalam.
    kami pun sama tidak sabar. Betapa lamanya adik Izz di wad tu. TQ

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم