Assalammualaikum . . .
"papa, baby comel kan? comel kan? |
Semalam tiada pun cerita berkenaan adik Izz baik dalam facebook papa Izz, page adik Izz mahupun blog. Papa Izz pun bercuti semalam sebabnya balik hari ke kampung. Sebagai peneman. angah Izz skip taska dan join papa Izz balik kampung. Balik kampung bertujuan ambil kereta sebabnya kereta papa Izz breakdown. Susah jugak bila takdak kereta ni. Lagipula dapatlah berjumpa dengan keluarga tersayang.
Dah lama tak jumpa dengan nenek. Kata nenek, angah asyik senyum saja. |
Kuat bergurau angah Izz ni. Tu yang buatkan along Izz bengang semacam dengan angah Izz |
Dah lama sebenarnya papa Izz tidak pulang ke kampung. Rasanya kali terakhir awal tahun 2014. Begitu jugalah dengan mama Izz, along Izz dan angah Izz. Adik Izz? Ermmm, kali terakhir adik Izz balik ke rumah nenek adalah pada Aidilfitri 2013. Hendak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan.
Walau tidak semuanya ada, namun cukup gembira. |
Dengan acik Epi dan acik Nor. Pertama kali angah Izz jumpa baby Hana |
Papa Izz dan angah Izz balik menggunakan bas dari Hentian Pekeliling. Tak jauh pun baliknya. Dalam sejam setengah sudah sampai pun. Angah Izz sangat excited bila dia dapat menaiki bas tambah-tambah pula bila bas melalui terowong panjang di Genting Sempah. Itu sajalah yang dia canangkan pada along Izz membuatkan along Izz agak bengkek dengan angah Izz.
Tak pernah naik bas pulang ke kampung. Ini kali pertama angah Izz |
Maybe next time, papa Izz bawa along Izz pula sekali. Dapat jugalah papa Izz dan angah Izz berjumpa dengan baby Hana (ahli keluarga terbaru kami) yang kali terakhir berjumpa adalah semasa baby Hana dalam perut lagi. Sekarang dah berusia 4 bulan dah pun, barulah dapat jumpa.
Alhamdulillah, walaupun semalam lebih kurang 4 jam sahaja bersama-sama keluarga (walau tidak semua ada) tetapi seronok sangat rasa. Angah Izz dah pesan lepas ni balik lagi ye.
Inshaa Allah.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!