PENDARAHAN KETIGA DALAM SEMINGGU

Assalammualaikum . . .

Tiub suapan (feeding tube) Gastrostomy merupakan pengalaman pertama kami. Menguruskannya lebih mudah berbanding dengan tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz. Namun dalam tempoh seminggu ini sahaja sudah 3 kali berlakunya pendarahan. 

Button Gastro itu akan digerak-gerakkan sedikit setiap kali 'dressing' dijalankan.

Pendarahan pertama telah menyebabkan adik Izz terpaksa menjalani pembedahan dan ditahan di wad. Pakar kata ianya mungkin tidak akan berulang lagi. Tetapi, berlaku lagi pendarahan ke-2 (KLIK SINI). Walaupun ianya tidak sebanyak pendarahan pertama, namun ia agak merisaukan kami. Adik Izz tidak dibawa ke wad kerana pendarahan telah berhenti dengan sendirinya selepas dicuci dan disapu dengan sejenis krim dan minyak gamat. 

Gauze yang menutupi tiub suapan adik Izz 

Aku ingat setakat itu sajalah. Rupanya pagi ini masih ada lagi pendarahan di sekitar tiub suapannya. Aku lihat button Gastro di bahagian bawah agak termendap sedikit. Kena tunggu mama Izz call doktor dahulu. Andai doktor sarankan bawa ke wad, barulah adik Izz akan dibawa. Jika tidak perlu, terpaksalah adik Izz bertahan sehingga Jumaat ini kerana memang setiap Jumaat adik Izz akan menjalani pemeriksaan berkala. 

Biasanya cotton akan digunakan untuk mencuci menggunakan Water for Irrigation

Tolonglah jangan berlaku apa-apa lagi.

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Allahuakbar.......tengok tempat tu macam menyakitkan je....macammana la perasaan adik Izz agaknye kan?moga Allah beri kesembuhan dan kekuatan....Aaamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn... Kadang2 adik Izz cakap juga "akit, akit, akit". Paling tidak pun adik Izz berkerut mukanya. Kita yang melihat merasa sakitnya, kan?

      Terima kasih

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Assalam papa izz,
      sob3
      alahai adik izz
      sayu hati iols
      memang anak yang kuat adik izz
      alhamdulillah

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post