SALAM PELUK CIUM

Assalammualaikum . . .

Sudah menjadi kebiasaan setiap pagi mama Izz akan memakaikan along Izz stokin, kasut, tali leher sambil masukkan air milo kotak ke dalam beg sekolah along Izz. Rutin yang sama, tempat yang sama setiap hari persekolahan. Along Izz boleh sahaja melakukannya sendiri tetapi disebabkan kemanjaannya, dia lebih suka menyuruh mama Izz yang menyiapkannya. 

Angah Izz cukup suka menyuruh along Izz mendukungnya

Kebiasaan yang lain yang mama Izz baru ajarkan adalah salam dan peluk angah Izz. Mula-mula susah juga mereka ini hendak berpelukan, bila sudah biasa tidak payah disuruh mereka akan bersalaman dan berpelukan. Bila dilihat, teringat akan adik Izz di rumah. Tapi memang sebelum keluar rumah pun mereka akan bersalaman berpelukan berciuman dengan adik Izz dahulu. Alhamdulillah, aku harap hubungan erat mereka ini berkekalan. 

Gaduh-gaduh manja tu biasalah.

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. semua lelaki..arapnye abg2 nanti blh la menjaga adik Izz mereka :-)

    ReplyDelete
  2. Aah, semuanya hero! Mama Izz kata dah xnak 'tambah'. Hahaha. Inshaa Allah, harapnya along Izz dan angah Izz dapat menjaga adik Izz sebaiknya sehingga sembuh. Alhamdulillah, dirumah pun mereka tidak terlalu berkasar dengan adiknya.

    ReplyDelete
  3. Assalam papa izz,
    he3
    iols pun soka salam peluk cium
    pagi pegi koje, masa lek koje, & masa titon he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Hahaha.. MEmupuk kemesraan bersama keluarga. Inshaa Allah berkekalan hendakNya.

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post