PERKEMBANGAN TERKINI ADIK IZZ

Perkembangan kesihatannya positif walaupun masih ada beberapa perkara negatif | Seperti sudah lama rasanya tidak update keadaan kesihatan adik Izz. Almaklumlah 'mood' masih lagi 'mood' raya. Kalau ikutkan setiap hari hendak cerita pasal raya saja walaupun aku tidak beraya kemana pun. Adik Izz masih lagi menerima Nutrisi Parenteral (TPN) sebagai sumber nutrisinya. Masih lagi menggunakan mesin yang 'running' selama 12 jam sehari. Masih lagi diberi Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari. Dan masih lagi perlu ke Institut Pediatrik, HKL untuk ujian darah serta lain-lain 'checkup'. 

Yang bagusnya, adik Izz sudah tidak perlu datang ke wad seminggu sekali. Doktor pula sudah anjakkan masanya kepada 2 minggu sekali. Itu satu perkembangan yang positif. Berat badannya juga Alhamdulillah semakin naik walaupun sedikit demi sedikit. Kali terakhir adik Izz jalani pemeriksaan (raya ke-4), berat badannya naik 200 gram kepada 10.1 kilogram. Ujian darah pula sentiasa menunjukkan keputusan yang baik. Kenapa aku kata baik? Kerana setiap kali adik Izz jalani ujian darah, doktor tidak akan 'call' semula, maknanya darahnya ok. Kalau dapat panggilan itu maknanya adalah masalah. 

Di rumah pula, rutin aktiviti adik Izz berjalan seperti biasa. Pagi-pagi sebelum pergi bekerja, mama Izz akan 'dressing' dahulu untuk off Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz. Selepas itu, adik Izz akan bermain seperti biasa menjelajah ke seluruh pelusuk ruang rumah. Aku sengaja beri cuti kepada angah Izz (cuti taska) sebagai peneman bermain dengan adik Izz. 'At least' takdelah adik Izz 'boring' sangat di rumah. 

Bila tiba waktu 'lunch' sekitar jam 1.00 pm, adik Izz diberi susu pula melalui tiub suapan (Gastrostomy) nya. Macam biasa, susu yang diberi menggunakan mesin itu akan 'running' selama 3 jam dan waktu itu adik Izz akan tidur serta berehat. Opah Izz juga ambil peluang itu untuk berehat juga. Sebabnya bila adik Izz berjaga, semua perlu berjaga. Perhatian pada adik Izz amat diperlukan bagi mengelakkannya menarik tiub Central Venous Line (CVL) dan juga tiub suapan (Gastrostomy). Semua akan menemaninya sehinggalah aku dan mama Izz pulang dari kerja.

Total Parenteral Nutrition (TPN)
Walau bagaimana keadaan pun, aku lega melihatnya senyum dan ketawa.

Petang seperti biasa sekitar jam 6.30 pm, adik Izz akan bersiap-siap untuk sesi TPN pula. Bila sudah on TPN, faham-fahamlah memang adik Izz sudah terhad pergerakannya. Duduk dalam 'baby-cot' dengan 'tab'nya sehinggalah dia tidur. Dan esoknya akan diulang semula apa yang dibuat pada hari ini.

Sampai bila? Ususnya bagaimana? Wallahualam. 'Overall' dia sihat.


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Bertabahlah..
    Moga adik Izz sihat dan makin kuat dari hari ke hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah... lega rasa bila dia nampak positif.. Jumaat ni ada checkup lagi, hope memberansangkan

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post