RAIKAN AIDILFITRI HIPSTERAYA 2017

Acara tahunan yang dinanti-nantikan pastinya sambutan Syawal peringkat cawangan. Hari dimana semua unit bergabung menjayakan jamuan raya cawangan. Setiap tahun, tema ditetapkan. Dan pada tahun ini, tema HIPSTER telah dipilih. Wow, ikut peredaran masa!


Raikan Aidilfitri “Hipsteraya". Setiap unit perlu hadir dengan gerai kreatif masing-masing beserta dengan juadah yang dipilih mengikut tema. Ada gerai yang menyediakan satay, ada gerai yang menyediakan western food, ada yang sediakan ketupat lemang, gerai minuman, gerai pencuci mulut dan macam-macam lah. Unit aku? Kami kena sediakan juadah bubur. “Bubur Bob" namanya, sempena nama bos aku.






Tak lupa, perlu ada persembahan daripada setiap unit. Haha, ini yang best! Unit aku buat persembahan joget Seloka Hari Raya. Persembahan secara live, semua perlu terlibat, tak boleh elak. Istimewanya persembahan ini, lagu Seloka Hari Raya dinyanyikan dalam 3 bahasa. Bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Unit aku ni muhibbah, ada semua bangsa. Jadi tak susah lah. Unit lain? Malas nak cerita, panjang jadinya entry ni nanti. Kahkahkah. Sorry!

Alhamdulillah, majlis Raikan Aidilfitri Hipsteraya 2017 berjalan dengan lancar. Program yang diatur lancar. Semua kakitangan dapat makan, tak ada yang kempunan. Tahu tak? Ada hadiah menanti bagi gerai Hipster terbaik dan persembahan Hipster terbaik. Tahu tak lagi? Yang unit aku bolot hadiah untuk kategori-kategori berkenaan? Aku tak riak, aku cerita je. Banggalah juga. Hehehe.


Tak lupa, salah seorang staff unit aku menang kategori Hipster Girl. Wow, so hipster she is! Apapun, tahniah kepada semua pemenang kategori masing-masing. Juga juta-juta terima kasih kepada semua yang terlibat. Satu cawangan kot, tak larat aku nak mention nama sorang-sorang.


Yang penting, ikatan ukhwah sesama kita berpanjangan. Itu yang utama. Disamping meraikan, kita juga bermaaf-maafan. Salam kosong-kosong. Jumpa lagi tahun 2018, Inshaa Allah.

Oh ya. Apa yang aku share ni hanya beberapa saja. Dan minta izin ye apa yang aku share ni.

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. budaya hipster memang pelik ..

    menungkah arus kebiasaanya..

    masih boleh diterima..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEhehe. Rasanya, masih ramai tak tahu apa itu hipster.

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post