AKTIVITI BERI MAKAN IKAN

Sabtu atau Ahad, mana-mana hari yang jatuh pada hari `Dressing Days' adik Izz ialah hari untuk bawa adik Izz bersiar-siar. Mana nak cari port yang berhampiran dengan rumah serta tidak crowded dengan manusia? Jadi, aku pilih untuk bawa adik Izz dan abang-abangnya ke Dataran Putra.

Dataran Putra pun ramai oranglah. Haaa, ini yang orang tak tahu (aku pun baru tahu). Jangan lepak kat atas, tapi lepak kat bawah. Memang tak ramai orang. Selesa buat adik Izz. Biasanya, aku akan parked kereta belakang JPM tu. Banyak parking yang kosong.


Nak dijadikan cerita, biasanya tugas aku follow kemana adik Izz pergi. Adik Izz tak join abang-abangnya bermain sangat sebab abang-abangnya kasar sedikit permainannya. Lumba basikal lah, lumba scooter lah, lumba roller blade lah, adik Izz tak sesuai dengan aktiviti-aktiviti lasak macam tu. Jadi, dia cuma jalan-jalan sahaja. Aku pula, follow sahaja. Tugas aku jaga keselamatan adik Izz dan jaga keselamatan CVL (Central Venous Line), mana tahu dia tarik nanti.

Jalan punya jalan (tak penat ke mamat malabsorption ni?), sampailah satu tempat. Ada satu family saja sedang melepak dengan anak-anak. Disitu ada satu tebing/pelantar yang open. Aku pun pegang tangan adik Izz, dan lepak atas pelantar berkenaan. Banyaknya lah ikan kat situ. Melepaklah aku dan adik Izz kat situ sambil beri makan ikan. Mujur mama Izz ada bawa roti, biskut dan keropok. Ikan mende, aku tak berapa kenal. Rasanya Lampam kot? Sisik sinar-sinar, ekor merah-merah je. Hehehe.


Adik Izz kunyah sikit, then baling ke ikan. Kunyah sikit, bagi ke ikan. Itulah ulang-ulangnya, taknak kemana-mana dah. Sukanya dia dapat beri makan ikan. Nampaknya selepas ini, aku kena bawanya lagilah ke sini. Adik Izz bila dia dah suka, biasanya ada ulang tayang sampailah dia rasa dah bosan dengan aktiviti tu.


Nama tempat ni Jejak Sisiran Putrajaya (Putrajaya City Trail). Aku pun baru tahu pasal tempat ni. Rupanya ada banyak port Jejak Sisiran Putrajaya ni. Tempat yang aku lepak ni, Jejak Sisiran JPM rasanya. Kalau pusing keliling, boleh sampai ke port Kompleks D rasanya. Ada Jejak Sisiran Taman Wawasan, ada Jejak Sisiran Santuari Burung dan macam-macamlah. Ada 11 atau 12 tak silap aku.

Oklah, nanti aku cuba jalan jauh sikit tapi kena tengok keupayaan adik Izz lah. Aku malas nak dukung dia. Hehehe. Lagipun, masa adik Izz terhad. Maksima 30 minit satu-satu tempat. Selain tu, ronda dalam kereta saja. Dia dah sihat nanti, seharian jalan-jalan pun takpa. Inshaa Allah.

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Seronoknya adik izz bagi ikan makan...SA dah lama x bawak anak berjalan ke area putrajaya...kena pi la nanti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. parents pun seronok tau dapat beri makan ikan. hehehe. Putrajaya ni actually banyak tempat menarik, cuma kena explore lah. Ni pun kalau adik Izz tak jalan merata, saya pun tak tau. Hihihi.. Datanglah SA.

      Delete
  2. sambil beriadah sambil melapangkan fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. sambil keluarkan peluh mak ayah. Hahah

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post