ADIK IZZ MULA BERSEKOLAH?

Lama betul rasanya tak update blog ini. Bila malas, beginilah jadinya. Apa yang hendak dikongsi itu ada, tapi malas. Hahaha. Alhamdulillah dipanjangkanNYA umur untuk bertemu dengan tahun 2018. Anak-anak makin membesar. Along Izz pun sudah melangkah ke darjah empat manakala angah Izz pula darjah satu. Along dan angah sudah bersekolah, bagaimana dengan adik Izz?


Usianya 5 tahun, lebih tepat genap 5 tahun pada tanggal 31 Mac 2018 ini. Usia yang sesuai untuk mula bersekolah. Tapi dengan keadaan adik Izz tu, ada ke preschool atau taska yang hendak menerimanya?

Alhamdulillah selepas puas mencari taska/pra sambil bercerita mengenai keadaan adik Izz, ada yang boleh menerimanya ... tapi bersyarat. Apa pula syaratnya? Aku kena sediakan seorang penjaga sebagai pemerhati. Apa tugas pemerhati? Begini .. cikgu-cikgu yang ada di sekolah memang tugasnya mengajar dan menjaga pelajar, tetapi cikgu tidak boleh berikan tumpuan 100% hanya kepada adik Izz. Haaa, disinilah tugas penjaga sebagai pemerhati. (Baca lagi!)

Adik Izz jenis yang suka usik tiub CVLnya. Jika dia rasa tiada siapa yang memerhatikannya, mulalah dia buat "projek". Tiub CVL, nyawa adik Izz kerana adik Izz ni "TPN dependent". Tanpa tiub CVL, no TPN. Tanpa TPN, emmmm .. mengancam nyawanya. Sehingga adik Izz tidak ganggu tiub CVLnya, selagi itulah adik Izz perlu diperhatikan. Ada ke penjaga untuk adik Izz? 

Sambungan . .. . .. . .. . ..

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Alhamdulillah Adik Izz dah masuk sekolah...tak sabar tunggu sambungan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, dah cuti dah pun. Nak tunggu refer paediatricians dulu tanya pandangan pakar pasal sekolah yang sesuai untuk adik Izz.

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post